Tips Bisnes Online
Salam perkenalan,
Saya pasti ramai yang
berminat untuk berniaga samada offline atau online. Sekarang ini zaman IT,
twitter dan facebook dan semestinya ramai antara kita yang mahir dan yang tidak
mahir pun dah jadi mahir atau buat-buat mahir la sebab nak sama-sama bersaing.
Seronok dengar berniaga
online ni tapi ilmu mesti ada. Kena belajar mantapkan ilmu dulu. Tetapi
kalau tak mahir atau mantap pun tak apa, yang penting nak belajar dan cari
ilmu. Banyak seminar atau kelas pasal biz online ni. Masing-masing
berlumba-lumba untuk buat biz online ni termasuk la saya jugak.
Sebelum nak berniaga online
ni, kita baca dulu apa yang perlu ada untuk jadikan bisnis online kita ni
sukses ok?
1. Produk
Tidak kira berniaga online
atau offline, mestilah kena ada produk. Betul tak? Sebab kalau tiada
produk camna nak berniaga kan? Kalau boleh, cari produk yang unik dan
ramai orang suka. Kita boleh jual produk yang dah ramai orang jual. Contoh,
tudung. Bermacam-macam fesyen tudung dan pelbagai nama tudung. Jadi untuk
membuat produk kita itu nampak menarik atau unik, kita kenalah kreatif keluarkan
atau cari fesyen tudung yang terkini. Kalau bab makanan, yang tengah hotsale
sekarang, durian crepe, jadi walaupun ramai yang dah menjual, kita kena
cepat-cepat belajar durian crepe atau cari idea pelbagaikan crepe seperti
chocolate crepe, strawberry crepe, dragon fruit crepe, banana crepe dan
lain-lain perisa crepe. Jangan sebab produk dah ramai jual, kita pun tak
jadi jual. Rezeki di tangan Tuhan, belum cuba belum tau!
2. Ambil gambar
produk
Penting untuk kita ambil
gambar produk sendiri untuk mengelakkan meniru produk orang lain. Sebagai
contoh, jika berniaga kek, ambil gambar kek yang telah dibuat sendiri dan
bukannya meniru gambar orang lain. Kalau tudung pulak, ambil la gambar tudung
digayakan oleh model pilihan anda atau diri anda sendiri. Kalau berniaga
kain cotton, ambil gambar kain dari pelbagai sudut dan gaya supaya lebih
menarik dan akan membuat pembeli teruja untuk membeli.
3. Blog
Blog penting untuk
memudahkan pembaca membuat carian dari Encik Google. Tekan sahaja nama blog
kita, keluarlah bermacam-macam info dan maklumat penting yang boleh dikongsi di
samping memperkenalkan blog dan produk keluaran kita kepada orang ramai.
Kalau kita tidak pandai buat blog, upah sahaja orang yang buat perkhidmatan
buat blog. Senang dan cepat kan?
Blog biarlah menarik, padat, berinformasi dengan maklumat untuk dibaca dan senang pembaca nak buat rujukan. Bila orang minat blog kita, produk pun laku, betul tak? Maka pelanggan pun ramai, sales pun kedeboom. Contoh kalau kedai yang menarik dan cantik, mesti kita seronok untuk shopping macam-macam kat kedai tu kan?
4. Facebook
Lebih menarik kalau kita
ada facebook personal dan fanpage khas untuk bisnis produk kita. Di zaman
IT sekarang ni, facebook sangat penting untuk berniaga online. Untuk permulaan,
perkenalkan bisnis kita kepada saudara mara dan kawan-kawan dahulu. Dari
situ mereka boleh memperkenalkan produk kita kepada orang lain pulak.
Pada pendapat saya, blog
dan facebook penting untuk keluaran produk kita, terutama newbie macam saya
ni. Tidak semua orang ada facebook dan berminat untuk buka akaun facebook
sebab katanya facebook tidak padat dan info pun kurang. Jadi blog boleh
memainkan peranan di sini tetapi pastikan blog kita itu padat dan penuh dengan
info-info yang menarik dan memukau pembaca untuk hit blog kita.
5. Pengiklanan
Semua bisnes, samada kecil
atau besar penting untuk iklankan perniagaan mereka. Tidak kira la bisnes
itu offline atau online. Kalau bisnes online ni, kita kena la iklankan
sendiri, samada di facebook, twitter, blog, sms atau flyers/brochures sebab
kalau kita tidak iklankan bisnes online kita, macamana orang nak tau kan?
Pelbagai cara kita boleh
iklankan produk kita samada di blog orang lain atau kita tukar-tukar iklan di
blog orang-orang yang dah terkenal seperti redmummy, naufalsayang, mat gebu dan
lain-lain.
Ini sahaja tips dari saya buat
masa ini dan akan bersambung lagi sebab bisnes online ni ada banyak cara.
Sebenarnya senang sahaja nak mulakan perniagaan online. Yang paling penting,
kena berani bertindak! Bak kata Dr Azizan Osman,fast action fast result.
Kalau tak berani tak nak cepat-cepat rebut peluang, rugi la!
Juga jangan lupa untuk
daftarkan perniagaan anda sebab berniaga online pun kena jugak daftar.
Bab daftar ni, saya akan bagi link di entri akan datang yer.
Tunggguuuuuu.
0 Ulasan