Tips Sihat
Hari ini saya nak berkongsi mengenai tips sihat dengan
mudah. Banyak cara kita boleh sihat. Kita memang perlukan wang
untuk sihat, makan, pakaian, hiburan dan lain-lain keperluan hidup.
Tetapi kalau sudah sakit, wang bukanlah segala-galanya. Betul tak?
Semasa sihat inilah kita perlu menjaga kesihatan dengan baik.
Tips saya mudah. Kalau dah meningkat usia,
lagilah perlu kita menjaga kesihatan dengan baik.
1)
Makan lebih
banyak sayur-sayuran
Setiap kali
makan, menu saya mesti ada sayur. Daripada sayur, anda akan memperolehi
vitamin A, B1, B2 dan C, protein dan garam galian seperti kalium, kalsium,
fosforus, besi dan natrium. Namun sayur tidak boleh dimasak sehingga terlalu
layu kerana akan menyebabkan zatnya hilang. Selain kaya dengan zat
pemakanan, sayur-sayuran juga mempunyai nilai perubatan. Biji timun misalnya
dapat membantu mengeluarkan cacing yang mengganggu kanak-kanak ia mengandungi
'saponin'. Timun juga sesuai untuk kulit kerana ia mempunyai kesan membersih,
menyejuk dan melembab. Ubi kayu pula dikatakan dapat membantu penyembuhan
ulser.
2) Utamakan Keluarga
Keluarga adalah
sangat penting bagi saya. Kadang-kadang ada orang yang jatuh sakit sebab
terlalu kuat bekerja sehingga mengabaikan keluarga. Sehinggakan hari
minggu pun mesti kerja! Orang putih cakap 'workhalic'. Walau
bagaimana pun ada banyak definisi keluarga sebagai keutamaan. Namun
terpulang pada tafsiran dan cara masing-masing bagaimana mereka mengutamakan
keluarga. Setiap orang mungkin berbeza cara dan rasa, namun matlamatnya adalah
sama.
Sebagaimana
sabda Rasulullah SAW : "Satu dinar yang engkau belanjakan pada jalan
Allah, satu dinar yang engkau belanjakan untuk membebaskan hamba, satu dinar
yang engkau gunakan untuk bersedekah kepada orang miskin dan satu dinar yang
engkau belanjakan untuk keluargamu - yang paling besar ganjarannya ialah dinar
yang engkau belanjakan untuk keluargamu."
(Hadith riwayat
Muslim – no. 2358)
Huraian:
Begitulah kita
dapat melihat bagaimana Rasulullah SAW begitu mementingkan soal kebajikan
keluarga yang diletakkan tanggungjawabnya ke atas ketua keluarga – Ayah atau
Suami.
3) Berjalan kaki
Saya suka jalan
kaki sebab banyak kebaikannya. Berjalan kaki adalah senaman yang mudah,
murah dan selamat untuk dilakukan. Ia merupakan satu kaedah senaman yang sesuai
bagi semua lapisan peringkat umur. Senaman ini boleh dilakukan pada bila-bila
masa dan di mana-mana sahaja sama ada di rumah, di pejabat, di kompleks
membeli-belah dan lain-lain lagi.
4) Aktiviti luar
Banyak aktiviti
luar yang boleh kita lakukan seperti berjogging, memancing, berenang,
bermain bola dan macam-macam lagi. Semasa inilah kita boleh meluangkan
masa bersama ahli keluarga setelah seharian penat berkerja.
5) Sentiasa berterima kasih. Hargai apa yang anda perolehi.
Untuk hidup
lebih tenang, jangan mengharapkan terima kasih seperti di dalam Solusi isu 43
berkaitan dengan "Sukarnya Untuk Bersyukur".
Tidak dinafikan
manusia agak sukar untuk mengucapkan ucapan terima kasih. Seolah-olah perkataan
itu seperti emas berharga yang takut hilang jika mulut dibuka. Sentiasa
hargailah orang-orang disekeliling kita terutamanya ibu bapa, adik beradik
serta saudara mara dan rakan taulan.
Apa salahnya
ucapan terima kasih itu sentiasa hadir dalam diri kita walaupun pertolongan
yang diberikan hanya sekecil zarah. Kadang-kadang ada di kalangan kita
yang sudah berjaya hasil daripada pertolongan orang lain, agak sukar untuk
mengucapkan terima kasih kepada individu yang telah membantunya walaupun
pertolongan individu itu hanyalah tidak seberapa. Malah ada yang secara
terang-terangan melupakan terus individu yang telah membantunya itu.
Mudah-mudahan
diri kita sentiasa ada sifat berterima kasih dan bersyukur dengan kurniaan
Allah. Terlalu banyak nikmat yang Allah beri pada kita setiap hari namun
hakikatnya sedikit sekali hamba-Nya yang bersyukur. Syukur adalah satu
penghargaan yang tinggi daripada seorang hamba kepada Tuhannya. Dengan syukur,
Allah akan menambah nikmat-Nya kepada kita seperti dalam Surah Ibrahim ayat 7,
" Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu."
" Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu."
0 Ulasan