Air Khatira
Assalamualaikum teman-teman semua,
Sempena bulan puasa mesti teringat air Kathira. Air ini hanya akan muncul semasa bulan Ramadhan sahaja. Semasa saya mula-mula datang ke Johor Bahru dahulu, memang agak pelik sebab itulah pertama kali dengar dan cuba. Memang sedap rasanya. Lemak manis, berkrim dan hingga menjilat jarilah! Air Kathira ni hanya popular di Johor Bahru dan Singapura sahaja. Pernah tak jumpa di Kuala Lumpur atau tempat lain? Mungkin ada tetapi kurang dari segi rasa dan warna agaknya.
Tetapi sejak dah duduk di Johor Bahru ni dan setiap kali bulan Ramadhan, air ini menjadi menu minuman utama penduduk di sini.
Jom saya kongsikan resipinya di sini dan bolehlah mencubanya.
AIR
KATHIRA
(Minuman
kegemaran orang Islam India Selatan)
BAHAN-BAHANNYA :
Disediakan
lebih awal :
Sirap :
Didihkan
2 cawan gula dalam 3 cawan air.
Masukkan
1 helai daun pandan, hingga larut gulanya.
1
cawan besar kathira - direndam semalaman, buangkan kekotoran dan ditapis.
Dibilas
dengan air masak dan ditapis lagi.
10
butir kembang semangkuk - direndam semalaman buangkan biji dan kulit.
Ditapis,
bilas dengan air masak dan ditapis lagi.
1
sudu besar rata biji selasih - direndam dalam air masak hingga ia mengembang,
kemudian ditapis lagi.
1
tin susu cair (sejat)- 'evaporated milk' - (410 g)
1
cawan sirap
6
cawan air
1
sudu teh air mawar
CARA
MEMBUATNYA :
Dalam
sebuah mangkuk besar, masukkan katira, kembang semangkuk dan biji selasih.
Tuangkan sirap, air susu dan air mawar. Dikacau rata. Masukkan ketulan
air batu atau air batu yang dihancurkan dan dihidangkan.
NOTA :
Biji Selasih
-boleh didapati dari kedai India atau dari gerai peniaga Cina yang menjual
makanan kering di pasar.
Kembang
semangkuk - boleh didapati dari kedai sinseh Cina
Kathira -
dapatkan dari kedai peniaga India. Orang-orang Islam gemar minum katira semasa
bulan puasa.
Sebelum direndam
Setelah direndam
Inilah hasilnya. Yang ini original warna putih.
Sekarang dah diubahsuai jadi warna hijau macam di bawah ni
Selamat mencuba dan selamat berbuka puasa.
0 Ulasan