Assalamualaikum dan salam Ramadhan.

Hari ini hari pertama kita berpuasa.  Alhamdulillah semoga Ramadhan kita pada tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya.

Sempena Ramadhan saya nak berkongsi mengenai risiko panaskan makanan.  Kita sedia maklum bahawa kadang-kadang kita akan simpan makanan yang tidak habis dimakan di dalam peti sejuk. Esoknya kita akan panaskan makanan tersebut, betul tak?  Saya sendiri pun kadang-kadang akan buat begitu.  Tak nak membazir dan sayangkan makanan yang tidak habis!
 
Tahukah anda risikonya?  Saya terbaca dalam Mingguan Wanita dan ingin berkongsi dengan anda semua.  
 
Makanan yang tidak habis akan disimpan di dalam peti ais, kemudian dipanaskan semula untuk hidangan akan datang. Mungkin juga anda suka makanan bersantan yang dipanaskan berulang kali. 
 
Bagi anda yang suka panaskan makanan, mereka menganggap semakin lama dipanaskan semakin sedap dan kena dengan selera. 
 
Namun sebenarnya kesan makanan bersantan yang dipanaskan berulangkali akan membentuk aseton, radikal bebas yang boleh membahayakan kesihatan.
 
Radikal bebas ini akan menempel pada pembuluh darah yang akan menyebabkan ia menjadi sempit dan tersumbat. Jadi, elak memanaskan makanan berulangkali. 
 
Kesimpulannya, kita kena pandai bajet makanan untuk dimasak.  Jangan membazir dan jagalah kesihatan.
 
 
 
 
 

0 Ulasan