Tips Menulis Blog Yang Menarik
Pada pendapat saya, berikut adalah cara menulis blog yang menarik dan menjadi ikutan ramai pembaca :
1)
Pilih topik yang menarik, anda tahu dan berminat. Topik yang
membosankan tidak bagus untuk blog, melainkan anda adalah salah seorang
yang terkenal dan mempunyai ramai pengikut atau orang-orang yang boleh
membuatkan blog itu menarik walaupun semasa menulis tentang
perkara-perkara yang paling biasa. Jika anda pakar dalam permainan
video, tulis dengan terperinci mengenainya, pengalaman anda bermain
dengannya dan selitkan juga video mengenai permainan ini.
2) Blog
mengenai agama, motivasi, panduan dan pelaburan cenderung untuk menjadi
kesukaan orang ramai. Selitkan juga dengan testimoni, gambar dan
video.
3)
Tidak meniru penulisan atau cuba menulis semula dari blog orang lain.
Cuba hasilkan perkara-perkara unik atau tulis pandangan mengenai subjek
tertentu.
4)
Tulis ulasan anda dan dapatkan pandangan dari pembaca lain. Jadi anda
boleh berkongsi pandangan dan maklumat tentang sesuatu perkara.
5) Jadikan blog anda interaktif dengan mengadakan peraduan, kupon percuma, panduan dan lain-lain.
6) Tulis dengan jelas. Awasi tatabahasa dan ejaan dalam penulisan. Tiada singkatan bahasa atau penulisan yang menjengkelkan.
Tips ini juga boleh diambil kira :
1) Jujur dan benar ketika memberi pandangan anda. Ini akan menjadikan anda seorang penulis yang ikhlas dan berwibawa. Jika ini dipraktikkan, blog anda akan menjadi ikutan ramai dan menjadi hit di dalam carian enjin. Di samping itu, dapat membantu orang ramai menambahkan pembacaan mereka.
2) Pastikan blog anda mempunyai visual yang baik. Tidak semestinya penuh dengan warna yang terang dan berwarna warni. Hitam dan putih juga menarik dengan diselitkan gambar atau video yang berkaitan.
Semoga tips di atas dapat menjadi panduan rakan-rakan yang baru mula untuk berblogging.
Jika anda minat menulis tetapi tidak tahu bagaimana untuk memulakan dan ingin menambah ilmu tentang blog dan penulisan, kami akan bersiaran secara online dengan anda. Jika anda minat bisnes dan ingin membuat blog bisnes, kami juga sedia membantu.
Sertai kami di dua kelas berikut :
1) Kelas Asas Blog dan Penulisan
2) Kelas Blog dan Fanpage (Bisnes)
0 Ulasan