Kelebihan Astaghfirullah
Di dalam sebuah
rancangan al-Kuliyyah, seorang ustaz undangan pada petang itu telah
menyampaikan, kelebihan beramal atau berzikir dengan Astaghfirullah. Lafaz lengkap zikir ini adalah :
Yang bermaksud : ‘Aku
mohon ampun kepada Allah yang Maha Agung, tidak ada Tuhan selain Dia,
yang hidup dan selalu jaga dan aku bertaubat kepada-Mu.’
Antara
kelebihan zikir ini, menurut ustaz tersebut ialah kita akan dimurahkan
rezeki oleh Allah SWT. Sekiranya kita sedang berhadapan dengan masalah
atau kesukaran, Allah SWT akan menolong kita, dalam keadaan yang kita
tidak jangka.
Daripada Ibn Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Siapa
sahaja yang selalu beristighfar, nescaya Allah memberikannya jalan
keluar dari setiap kesulitan, kelapangan dan kegelisahan, dan rezeki
tidak terduga.” (Ahmad, Abu Daud al-Nasa’i)
Beramal dengan Astaghfirullah
juga, hati akan menjadi tenang, tidak resah gelisah, tidak keluh kesah,
tidak putus asa, awet muda, berfikiran positif dan banyak lagi.
Di dalam al-Quran, Allah SWT mengingatkan kita dengan firman-Nya yang bermaksud: “Ketahuilah dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia.” (Ar-Rad, 8)
Ini bermakna, jika kita rajin berzikir, terutamanya dengan Astaghfirullah, maka kita akan memperoleh ketenangan dan ketenteraman di dalam hati kita.
Sesungguhnya,
nikmat hati yang tenang, tenteram, gembira walaupun sedang berhadapan
dengan kesukaran hidup, adalah suatu nikmat yang tidak ada tolok
bandingnya. Suatu nikmat yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit dan
kemewahan.
Begitu ramai
manusia yang hidup serba mewah, tetapi hati mereka resah gelisah, tidur mereka tidak lena dan jiwa mereka tidak tenteram.
Ketenangan
adalah milik Allah SWT yang hakiki dan diberi pinjam kepada kita sebagai
hamba-Nya. Oleh itu, perbanyakkanlah berzikir dengan Astaghfirullah, semoga Allah SWT memberi pinjam kepada kita ketenangan jiwa itu.
Selain itu, Allah SWT juga mengingatkan kita dalam sepotong ayat al-Quran yang bermaksud : “Dan Allah tidak akan menyiksa mereka sedang mereka beristighfar.” (Al-Anfaal, 33)
Ini bermaksud,
Allah SWT tidak akan menyiksa orang-orang yang beramal dengan istighfar. Dalam erti kata lain, Allah SWT akan mengampunkan dosa orang-orang yang
banyak berzikir dengan Astaghfirullah. InsyaAllah.
Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda : “Barang
siapa mengucapkan istighfar ini pada hari itu dengan penuh keyakinan
dan mati sebelum petang, maka dia termasuk menjadi ahli syurga. Dan
apabila dia mengucapkannya pada waktu malam, dengan keyakinan yang teguh
dan mati pada waktu pagi, maka dia termasuk juga di kalangan ahli
syurga.” (HR Bukhari)
Induk istighfar itu adalah mengucapkan ;
“Wahai
Allah. Engkau Tuhanku, tiada Tuhan selain Engkau, Engkau menciptakan aku
dan aku adalah hamba-Mu dan aku dalam jaminan dan janji-Mu menurut
kemampuanku, aku mengakui kepada-Mu atas kenikmatan-Mu padaku dan aku
mengakui dosaku, maka ampunilah aku, sesungguhnya tiada yang dapat
mengampuni dosa kecuali Engkau, aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan
perbuatanku.”
(Kredit : http://novelmenitihari.blogspot.com/)
0 Ulasan