Belajar Urus Akaun Dengan Lebih Sistematik
Bermula tahun 2014, ABDR telah membuka satu lagi kelas khas untuk semua
usahawan WAHM SOHO yang mahu mempelajari cara yang betul dan sistematik
untuk mengurus akaun bisnes, iaitu kelas online urus akaun bisnes kecil
WAHM SOHO. Alhamdulillah, kelas ini juga mendapat sambutan menggalakkan
daripada WAHM. Sudah beberapa sesi berlangsung bersama tenaga pengajar
bertauliah dalam bidang ini.
Kesalahan yang biasa dilakukan oleh pemula WAHM :
- tidak ada rekod
- tidak tahu aliran kewangan
- tidak pandai jejak sumber
- tidak tahu menyimpan rekod
Modul 1 & 2 :
Bagaimana merekod buku simpan kira-kira.
Pengenalan Kepada Asas Perniagaan Dan Fungsinya
- Mengenal dan belajar kepentingan dokumen
- Invois, cash, bil, resit, purchase order
Proses merekod setiap transaksi secara harian
BOOK KEEPING
DAILY TRANSACTION
RECORDING IN CHRONOLOGICAL ORDER
RECORDING IN CHRONOLOGICAL ORDER
Ini semua akan diajar di dalam modul asas kelas akaun yang kami anjurkan.
Bagaimana kelas dijalankan?
Kelas dijalankan secara online dan peserta perlu online ketika kelas
sedang berlangsung. Untuk modul 1 & 2, hanya 3 jam dari masa anda
diperlukan.
Ini adalah ulasan salah seorang peserta kelas akaun, Azlina Abd Aziz
Sesungguhnya kelas akaun secara online ini sangat memudahkan pelajar suri rumah seperti kami di mana tidak perlu untuk keluar rumah dan itulah objektifnya. Di samping itu juga, dapat menjaga anak di rumah, seperti peribahasa sambil menyelam sambil minum air. Walaupun dalam masa yang singkat, banyak ilmu akaun asas dapat dipelajari dan diketahui. Walaupun saya mempunyai sedikit pengalaman semasa bekerja dalam mengurus akaun syarikat lama, saya dapat menggilap lagi asas yang saya ada. Setelah mempelajari ilmu akaun asas ini, saya dapat memahami bahawa ia sangat penting bagi setiap individu untuk belajar mengenai akaun dalam menjalankan perniagaan secara online ataupun offline. Faktor paling penting yang saya anggap berat adalah duit persendirian tidak boleh dicampur-adukkan dengan duit perniagaan kerana terdapat pelbagai kelemahan dan masalah akan timbul sekiranya akaun di uruskan seperti ini.

Sesungguhnya pembelajaran asas kelas akaun ini amat bagus dan bermanfaat
serta menjimatkan masa. Akan tetapi jika kita hendak mendapatkan ilmu
akaun ini secara terperinci, hendaklah kita menghadiri kelas secara
offline seperti dicadangkan oleh trainer, Puan Khadijah.
Untuk mendaftar kelas ini, boleh hubungi saya di norazizahsudin@gmail.com
Pendaftaran kelas online yang lain masih dibuka setiap hari.
1) Kelas asas blog dan penulisan.
2) Kelas asas blog dan fanpage mula bisnes
3) Kelas beriklan di mudah.my
4) Kelas penulisan kreatif
5) Pendaftaran rakan niaga/pengurus online
6) Kelas belajar asas akaun bisnes kecil WAHM/SOHO
Hubungi saya untuk maklumat lanjut.

1 Ulasan
Merkur 37C Safety Razor Review – Merkur 37C
BalasPadamThe Merkur 37c is an worrione.com excellent short handled DE wooricasinos.info safety razor. It is more suitable for poormansguidetocasinogambling both https://deccasino.com/review/merit-casino/ heavy and non-slip hands 출장안마 and is therefore a great option for experienced