Jangan Lupa Bawa Pen dan Buku Nota
Selamat berhujung minggu. Hari ini jalan-jalan cari makan sambil
mencari idea untuk menulis dan berkongsi dengan rakan-rakan pembaca blog.
Untuk
menulis blog, boleh tulis daripada pengalaman diri sendiri atau pengalaman orang
lain. Kadang-kala hendak tunggu inspirasi datang, lambat juga. Hendak
menulis secara konsisten pun ambil masa. Sebab itulah perlu banyak
membaca kerana banyak ilmu dan juga banyak info boleh kita dapati dari
bahan yang kita baca.
Duduk didepan komputer pun
belum tentu ada idea. Kadang-kadang masa itulah baru berfikir apa
hendak ditulis. Pernah mengalami situasi begini? Tulis semua idea yang
datang di dalam buku nota, catatkan secara ringkas dan tulis panjang
lebar di dalam blog. Jangan berakhir di dalam bakul sampah sudahlah ya!
Sebab
itulah perlu sentiasa ada pen dan buku nota. Dapat sahaja idea,
tulis. Takut nanti hilang idea dan terlupa. Buat draf dahulu. Mungkin
draf itu datang daripada bahan bacaan yang anda baca, daripada
pemerhatian anda atau daripada penceritaan orang lain kepada anda.
Oklah, esok saya sambung balik ya. Banyak cerita hendak saya kongsikan.
Jumpa esok.
0 Ulasan