Assalamualaikum semua

Dah lama tak update blog.   

Begitu cepat masa berlalu.  Sedar tak sedar, dah nak masuk tahun 2018.  Tinggal beberapa hari sahaja lagi.  Pelbagai cabaran, dugaan dan perkara yang terjadi pada akak ni.  Ada yang manis, pahit, masam, masin, suka dan macam-macam lagi la.  Alhamdulillah, akak dapat harungi semuanya dengan senyuman dan bersyukur.

Seperti biasa, banyaknya resolusi yang telah ada dalam senarai 2018.  Cuma hendak dibuat, dicapai atau tercapai sahaja.  

Tahun depan, anak Kak Jijah pun dah masuk darjah 1.  Alhamdulillah.  Sedih ada, gembira pun ada.  Biasalah, anak dah besar dan sudah pandai berdikari sikit.  Begitulah hati dan perasaan seorang ibu.  Anak sudah besar, lain pula kerenahnya.  Semua kelengkapan sekolah sudah dibeli.  Dia pun seronok sangat.  Tak sabar-sabar nak ke sekolah.  

Semoga tahun 2018 ini adalah tahun yang lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.  Kak Jijah bersyukur ke hadratNya.  Kak Jijah harap pembaca-pembaca di blog ini pun diberi kesihatan yang baik, umur yang berkat dan sentiasa di bawah lindunganNya.  Kehidupan lebih baik dan bertambah-tambah rezekinya.  

Aaamiin. 











0 Ulasan