Tulisan kita menggambarkan siapa diri kita.  Apa yang kita tulis itu adalah siapa kita.  Jadi berhati-hatilah ketika menulis apa sahaja yang ingin kita tulis.

Bersyukur dan jaga energi.  Apabila menulis, lebih elok semasa kita di dalam keadaan sedar, gembira dan teruja.  Jangan menulis semasa sedang marah, fikiran berserabut dan jiwa bergelora.  Nanti tulisan yang dihasilkan akan menjadi tidak keruan dan boleh disalahtafsir kepada yang membaca.

Kita boleh menulis apa sahaja yang kita inginkan.  Kita boleh berkongsi apa sahaja info yang ingin kita kongsikan.  Tiada siapa yang akan marah kerana itu adalah hasil tulisan kita, jari jemari yang menulis itu adalah kita, idea yang menulis itu adalah kita, tempat penghasilan tulisan itu adalah kepunyaan kita dan semuanya kita lah.  

Tetapi ingat, yang menjadi saksi adalah jari jemari runcing kita, yang akan bersoal jawab dengan ALLAH adalah kita.  Jadi berhati-hatilah ketika menulis.  Jaga jari jemari kita.  Tulis yang baik-baik dan hasilnya juga akan jadi baik.

Ini adalah sekadar perkongsian dari Kak Jijah yang menulis ni.  Sama-samalah kita saling mengingati sesama kita ye.  

Moga tulisan kita menjadi saham akhirat untuk semua yang membaca.




0 Comments