Siapa di sini yang sukakan makanan dessert? Istimewa buat korang yang teringin memanjakan tekak dengan pencuci mulut, di sini dikongsikan koleksi respi pencuci mulut.

Dessert merupakan makanan pencuci mulut yang disajikan setelah makanan utama. Ia bukanlah sejenis makanan berat. Biasanya dessert terdiri daripada minuman mahupun makanan yang segar, manis dan nyaman. 

Koleksi Resepi Pencuci Mulut Paling Mudah Nak Sediakan

Namun kali ini, kita kongsikan resepi paling simple dan mudah untuk disediakan. Resepi di bawah ini sangat mudah, bahan simple dan rasanya sangat menitik air liur.

1. Resepi Ais buah

Koleksi Resepi Pencuci Mulut

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Buah-buahan citrus seperti strawberry, lemon, nenas dan lain-lain ikut selera korang.
  • Air gula.
  • Sirap
  • Ais

Cara-cara menyediakan :

1. Potong buah-buahan yang telah dipilih.

2. Masukkan air gula secukupnya.

3. Tambah air sirap favourite.

4. Masukkan ais batu. Siap!


2. Resepi Ais Avokado Cincau Pisang

Koleksi Resepi Pencuci Mulut

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 1 bahagian avokado berukuran besar
  • Cincau (dipotong)
  • Pisang jenis berangan/cavendish (dipotong)
  • 6 sudu santan
  • 300 ml air
  • Gula secukup rasa
  • Ais

Cara-cara menyediakan : 

1. Masukkan santan, air, gula dan kacau rata.

2. Masukkan potongan avokado, cincau dan pisang

3. Tambah ais batu


3. Resepi Cendol Mangga Harum Manis

Koleksi Resepi Pencuci Mulut

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Cendol gula merah
  • Ais
  • Mangga Harum Manis (kalau tak ada jenis tu, mangga biasa pun okay asalkan sedap)

Cara-cara menyediakan :

1. Beli cendol gula merah di bazar

2. Potong dadu Mangga Harum Manis

3. Campurkan mangga ke dalam cendol bersama ais. Siap!


Resepi-resepi dessert di atas sangat mudah dan menarik kan?  Selamat mencuba!

0 Ulasan