Rumah adalah ibarat syurga bagi setiap orang.  Tidak kira rumah itu besar ataupun kecil, setiap orang inginkan keselesaan ketika berada di dalam rumah.  

Walaupun dengan bajet yang sedikit, anda masih boleh membuat kediaman anda nampak mewah dan menambahkan lagi gaya eksklusif di rumah anda. 

Dengan sedikit kreativiti, anda boleh menjadikan rumah anda cantik walaupun dengan bajet yang sedikit.  Anda tidak perlu kos yang banyak jika pandai menggunakannya.  Ubahlah mengikut citarasa dan keselesaan anda.

Reka bentuk dalaman adalah cara yang hebat untuk mengekspresikan diri dan mewujudkan persekitaran mengikut keselesaan anda.  Dengan sedikit sentuhan, semuanya boleh direalisasikan.



Jom kita tengok beberapa idea menghias rumah yang mesra bajet.

1.  Menghias Semula Apa Yang Anda Miliki

Semua ini adalah percuma sahaja.  Cuba lihat di sekitar rumah anda apa yang boleh digunakan semula.  Mesti ada banyak barang-barang cantik yang anda suka dan anda tidak tahu bagaimana hendak digunakan semula.  Bersihkan dan perbaiki jika perlu.

Sebagai contoh, kerusi.  Hias semula dengan letakkan kusyen yang lebih cantik.  Banyak juga pilihan kusyen yang cantik di https://shp.ee/aq7bnjwRak buku juga boleh dikitar semula seperti letakkan buku-buku yang berlainan genre dan cara susunan buku. 

Terdapat banyak cara untuk menggunakan barang-barang yang sudah anda miliki di rumah untuk dihiasi semula.  Semua ini adalah percuma. 




2.  Mengecat Semula Perabot

Perabot lama boleh masih boleh digunakan anda pandai membuat pengubahsuaian.  Anda boleh mengecat semula laci, almari pakaian dan kerusi lama dengan warna yang berbeza untuk membuatnya terasa seperti kelihatan baru.  Apa yang perlu adalah sedikit kertas pasir, cat dan varnis.   

Boleh juga cat semula perabot seperti almari, kerusi dan meja atau menggunakan cat untuk perabot kayu.  Boleh rujuk https://ms.designluxpro.com/drugoe/kakaya-kraska-podojdet-dlya-mebeli-iz-dereva/ untuk jenis-jenis cat perabot yang diperbuat daripada kayu.

 


3.  Tukar Lampu

Selain perabot, lampu juga memainkan peranan di dalam hiasan dalaman yang perlu diambil perhatian semasa ingin menghias dan mengubahsuai kediaman anda.  Fungsi sesebuah lampu dalam ruang kediaman anda bergantung kepada pemilihan jenis lampu, pilihan warna, penerapan cahaya dan titik pemasangannya.  Anda perlu pastikan tahu sudut mana yang anda ingin pasangkan lampu tersebut supaya bersesuaian dengan konsep dan ruangan pilihan anda.  

Shopee juga banyak pilihan lampu-lampu yang menarik untuk anda pilih https://shp.ee/ae7nqaw

 



4.  Susun Atur Semula Perabot

Cara terpantas untuk menyegarkan semula rupa ruang dalam rumah adalah menyusun semula perabot.  Buat penggunaan ruang secara optimum semasa meletakkan perabot anda.  Buat susun atur yang akan menjadikan rumah anda kelihatan lebih luas. 

Ingin menambah lebih banyak hiasan untuk perabot dan barang-barang di rumah anda?  Boleh cari yang berkenan di hati di https://shp.ee/3thiu78

Kadang-kadang kita terbiasa melihat susun atur perabot kita yang tidak menepati citarasa.  Mungkin ada alternatif yang lebih baik yang boleh digunakan.  Apa kata anda cuba ambil beberapa gambar ruang di dalam rumah.  Jadi anda boleh melihat semula dan cari idea di mana anda hendak susun atur semua ini.  Boleh alihkan di tempat yang berlainan dan di tempat yang anda suka. Biasanya orang perempuan ni cepat jemu dengan susunatur setempat perabot ni.  Jadi jika anda suka bagini, apa kata cubalah dan cari idea untuk susunatur ini.

 



5.  Hias Semula Perabot

Sekiranya perabot ruang tamu atau set ruang makan anda tidak sesuai untuk anda tetapi anda tidak mempunyai bajet, boleh cuba membuat sesuatu yang baru seperti mengecat semula atau gantikan dengan dekorasi yang lebih menyerlah. 

Dekorasi baru dapat memberi suasana segar untuk hiasan dalaman rumah dan juga kepada perabot lama anda.

 

6.  Hias Dengan Bunga atau Tumbuhan Segar

Setiap wanita sukakan bunga dan kecantikan.  Anda boleh juga letakkan bunga-bunga segar atau tumbuhan hijau yang menarik. Cara yang mudah adalah tambah estetika ke rumah anda dengan menambahkan tanaman sperti tanaman gantung, tanaman pasu atau bingkai tanaman.  Boleh juga letakkan gambar-gambar tanaman.  Banyak juga gambar menarik di sini https://shp.ee/mgncvtk

 



7.  Bermain Dengan Warna

Cuba serlahkan keperibadian anda dengan warna yang anda pilih untuk hiasan rumah anda.  Sekiranya anda kurang mahir dan tidak tahu warna yang anda inginkan, cari sahaja di dalam Google.  Banyak warna pilihan untuk dipilih. 

Anda boleh menukar hiasan rumah dengan cara anda.  Tukar sarung kusyen, permaidani dan langsir untuk memberi ruang hiasan dalaman dengan penampilan baru dan segar.  Cubalah!  Ini akan menambah sedikit kelainan kepada ruang tamu anda.

 

8.  DIY

Terdapat banyak idea mudah yang anda boleh temui di dalam Internet untuk projek DIY ini.  Boleh gunakan semula botol, kain, barang perabot atau apa sahaja yang boleh diubasuai untuk menambahkan sentuhan magik anda.

 

9.  Penambahbaikan Peralatan Rumah

Cara mudah adalah dengan menghias semula kelengkapan lama kepada baru terutama di dapur seperti tombol pintu, tombol laci, paip air, alas meja, suis lampu dan apa sahaja yang anda lihat boleh dihiasi semula.  Jangan bazirkan wang untuk beli yang baru dengan harga yang tiada dalam bajet anda.

Cantik juga hiasan ini untuk letakkan di dapur https://shp.ee/79uwqn4

 

10.  Cermin

Tambahkan cermin untuk menampakkan ruang yang lebih besar di dalam rumah anda.  Cermin besar akan menjadikannya lebih luas bahkan dua kali dari ukuran sebenarnya. 

Cantik-cantik hiasan cermin di https://shp.ee/ck3htuu


11.  Kertas Dinding

Kertas dinding berkilau menambah dimensi dan sedikit kilauan hiasan dinding rumah anda.  Boleh pilih warna neutral atau separa neutral dengan sedikit kilauan.  Ikut pilihan dan citarasa anda.  Banyak pilihan dalam kedai ini https://shp.ee/kj2g8jk

Menghias semula kediaman anda dapat menaikkan semula seri rumah dan membuatkan anda teruja untuk memulakan idea ini.  Cuba buat idea seperti di atas dan boleh juga tambah sendiri idea-idea lain anda.  Ini akan dapat menjimatkan banyak wang dan anda akan lebih berpuas hati dengan kerja-kerja yang anda lakukan dengan hasil tangan anda sendiri.  Tidak cuba tidak tahu kan?

Rumah anda pasti akan lebih unik dan mempunyai gaya tersendiri.  Tiada istilah rumah tidak cantik.  Semuanya boleh dilakukan dengan hanya memerlukan bajet yang sedikit. 

Desain dan susun letak yang baru dapat membangkitkan semula semangat dan rasa cinta pada rumah anda.

Selamat berjaya!

 

 

 







0 Ulasan